Undilah
BERNARD A LOGIJIN
untuk N25 Kapayan!
Bernard sedang bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi N25 Kapayan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17 ini.




#JusticeforSabah
#MajuMakmurMerdeka
#SabahforSabahan
29 November 2025
Hari Mengundi
Kenali Bernard
Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Noosob Baru, Bernard merupakan graduan Keele University, England, dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Sejarah dan Sosiologi. Semasa pengajiannya, beliau menumpukan kajian kepada Revolusi Perindustrian, Sejarah Dunia, Konflik di Timur Tengah, serta Peranan Wanita di Negara Dunia Ketiga.
Bernard pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada bekas Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Kenny Chua, di mana beliau menimba pengalaman berharga dalam pentadbiran dan pembangunan masyarakat. Beliau juga seorang usahawan tempatan yang mengusahakan perniagaan Kambing Panggang miliknya sendiri.
Sejak 2013, Bernard bergiat aktif dalam politik Sabah, memperjuangkan isu-isu rakyat dan memperkukuh penyertaan masyarakat di peringkat akar umbi. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian N25 Kapayan bagi Parti STAR Sabah. Melalui peranan ini, Bernard aktif melaksanakan pelbagai inisiatif kemasyarakatan seperti bantuan pendidikan, program belia dan sokongan kepada usahawan tempatan.
Bernard berpegang pada prinsip bahawa kepimpinan sejati bukan tentang kuasa, tetapi tentang amanah dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Dengan pengalaman dan integriti yang dimilikinya, beliau berazam membawa suara Kapayan ke arah kemajuan dan kesejahteraan bersama.
Suara Baharu buat Kapayan
Kepimpinan bukan tentang kuasa. Ia tentang rakyat. Setiap suara di Kapayan mesti didengari dan dihormati.
"Kapayan One Voice"
Manifesto Bernard untuk N25 Kapayan
Kapayan One Voice lahir daripada kepercayaan bahawa kekuatan sebenar Kapayan terletak pada perpaduan rakyatnya. Dalam kepelbagaian kaum, agama, dan latar belakang, kita semua berkongsi impian yang sama — sebuah Kapayan yang maju, aman, dan sejahtera. Berdasarkan semangat inilah, serta maklum balas yang diperoleh di peringkat akar umbi, manifesto ini digarap untuk menangani isu dan keperluan sebenar rakyat Kapayan. Ia bukan sekadar pelan tindakan, tetapi janji untuk mendengar, memahami, dan bertindak bersama rakyat.
Mempersembahkan


Visi
Melihat pembangunan dan kemajuan Kapayan menjadi transformasi yang besar.
Sentiasa bersuara demi kebajikan rakyat Kapayan serta pembangunan masyarakat & ekonomi setempat.
Misi



6 Teras Manifesto
"Kapayan One Voice" 2026-2031
Pembangunan Infrastuktur & Perkhidmatan Asas
Menjamin kemudahan asas yang selamat, selesa dan moden.
Usaha menaik taraf jalan raya, longkang dan sistem perparitan
Penambahbaikan sistem bekalan air dan tekanan air
Penambahan serta menaik taraf lampu jalan di kawasan gelap
Penambahbaikan berterusan kemudahan awam – taman, dewan, klinik & pusat sukan etc.

Ekonomi Setempat & Keusahawanan
Menggalakkan perniagaan tempatan dan memperluaskan peluang pekerjaan.
Pewujudan Taskforce Service Centre bagi memudahcara penyertaan dan akses maklumat berkaitan program inkubator, geran serta skim keusahawanan
Promosi produk tempatan melalui e-dagang & pameran Booth Showcase daerah
Pewujudan Kapayan Night Market sebagai tarikan pelancongan & peluang perniagaan baharu
Penerokaan pembangunan ekonomi bernilai tinggi seperti Ekonomi Digital, Ekonomi Hijau, dan sektor berimpak tinggi yang lain

Kebajikan Sosial & Komuniti
Membina komuniti Kapayan yang penyayang, harmoni dan inklusif.
Pusat Sehenti Kebajikan Kapayan untuk membantu Warga Emas, Ibu Tunggal & OKU
Pemudahcaraan akses percuma / mampu milik kepada penjagaan dan saringan kesihatan
Pelaksanaan Program Komuniti Aktif bagi Warga Emas dan Pesara
Pengajuran Program Kesedaran Kesihatan Mental di sekolah serta tempat kerja
Pelaksanaan rondaan berkala dan pemasangan CCTV di kawasan hotspot

Pendidikan, Belia & Masa Hadapan
Melahirkan generasi muda Kapayan yang berpengetahuan, berdaya saing dan sejahtera.
Pengenalan siri latihan kemahiran dalam bidang Teknikal, AI/Digital & Keusahawanan
Pewujudan Pusat Komuniti Belia sebagai pemangkin Aktiviti Sosial Santai & Sukan
Pelaksanaan Career Fair & Industrial Insights
Penganjuran Bengkel Pecutan Akhir SPM Percuma untuk calon SPM
Pemberian bantuan persekolahan untuk pelajar cemerlang dari keluarga berpendapatan rendah
Alam Sekitar & Kualiti Hidup
Menjadikan Kapayan kawasan hijau, bersih dan lestari.
Penambahbaikan sistem pengurusan sisa pepejal dan pengasingan sisa isi rumah
Pembersihan berkala serta penguatkuasaan terhadap pembuangan sampah haram
Pengalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di dan kempen kesedaran awam
Program “Kapayan Bebas Denggi” melalui aktiviti pembersihan, fogging dan kempen kesedaran berkala
Akauntabiliti, Ketelusan & Penglibatan Rakyat
Memastikan pentadbiran yang telus, bertanggungjawab dan berasakan suara rakyat.
“Hari Bertemu Rakyat Kapayan” dua kali setahun bagi menyalurkan aduan dan cadangan secara terus
Perkhidmatan digital dan HOTLINE untuk aduan, permit, dan maklum balas
Laporan tahunan prestasi ADUN dan bajet pembangunan kawasan secara terbuka
Penglibatan komuniti dalam perancangan projek pembangunan




Daripada rakyat untuk rakyat. Inilah enam teras Kapayan One Voice untuk membawa perubahan sebenar.
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
1
2
3
4
5
6
STARSabah unveils plan to revitalise Kepayan into vibrant, green economic hub
STARSabah bentang pelan enam teras ubah Kepayan jadi pusat ekonomi hijau yang mampan dan berdaya saing.
Sorotan Liputan Media
Why the Kepayan Tamu delay?
Lebih 40 peniaga terjejas akibat kelewatan siap projek Tamu di Kepayan Ridge. Bernard gesa tindakan segera daripada pihak berkuasa
Landmark court ruling fuels belief, support for Parti Solidariti Tanahairku (STAR) in Kapayan
Bernard Logijin yakin keputusan mahkamah baru-baru ini tingkat keyakinan rakyat Kapayan terhadap STAR.
Pengundi Kapayan mahu parti tempatan, calon anak jati daerah
Suara pengundi Kapayan semakin kuat mahukan calon anak jati dan parti tempatan wakili kawasan mereka.
STAR Kapayan chief: Sabahans won’t be swayed by mining scandal
Bernard Logijin yakin pengundi Sabah tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan skandal perlombongan baru-baru ini.

